[VIDEO] Premis barangan kemas dirompak empat lelaki - Utusan Malaysia

[VIDEO] Premis barangan kemas dirompak empat lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 2 Okt. – Orang ramai yang mengunjungi sebuah pasar raya besar di Kajang terkejut dengan kejadian rompakan melibatkan sebuah kedai barangan kemas di sini pagi tadi.

Menerusi video yang tular dilaman sosial berdurasi lebih seminit, empat lelaki bertopi keledar penuh didapati memasuki kedai barangan kemas itu dengan seorang daripada mereka bertindak memijak sambil mengacukan senjata api ke arah seorang pekerja premis.  

Manakala tiga lagi rakannya kemudiannya bertindak membawa keluar sejumlah barangan kemas sebelum melarikan diri.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd. Yusoff yang mengesahkan kejadian tersebut memaklumkan, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan jumlah kerugian dianggarkan bernilai RM1.3 juta. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN