SHAH ALAM 5 Nov. – Tindakan dua lelaki warga Indonesia mengaut keuntungan dengan menjual rokok seludup berakhir selepas mereka ditahan polis dalam serbuan di kawasan letak kereta di Dataran Otomobil, Seksyen 15 di sini semalam. Suspek yang berumur 22 dan 23 tahun ditahan kira-kira pukul 4 pagi oleh pasukan polis Cawangan Pencegahan Jenayah dari Balai Polis Sri Muda, Seksyen 25 dekat sini. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin…










