[VIDEO] Polis serbu kilang samsu haram - Utusan Malaysia

[VIDEO] Polis serbu kilang samsu haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 2 Nov. – Satu sindiket yang mengeluarkan arak haram berjaya ditumpaskan dalam serbuan di sebuah kilang di Sungai Choh, Rawang, di Hulu selangor petang tadi.


Video oleh NAIMAH MOHD.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Lim Bak Phai berkata, pihaknya menyerbu kilang tersebut kira-kira pukul lima petang.

“Dalam serbuan itu, kita menahan sebanyak 12 orang termasuk tiga lelaki tempatan yang sedang sibuk memproses arak.

“Kita turut merampas pelbagai barangan yang digunakan untuk pemprosesan tersebut seperti penutup botol, label pelbagai minuman keras serta label Jabatan Kastam Diraja Malaysia,” katanya dalam sidang akhbar di lokasi serbuan.

Menurut Lim, arak haram tersebut dijual kira-kira RM80 sebotol dan pembeli akan datang sendiri ke kilang berkenaan untuk memborongnya.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 3, Akta Samsu Haram 1976 dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 10 tahun serta tidak kurang daripada dua sebatan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN