[VIDEO] Pengangkutan awam bebas tunai semakin jadi kenyataan - Utusan Malaysia

[VIDEO] Pengangkutan awam bebas tunai semakin jadi kenyataan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 12 Nov. – Warga kota semakin hampir untuk menikmati perkhidmatan pengangkutan awam dan letak kereta bebas tunai dengan termeterinya perjanjian kerjasama antara enam organisasi penyedia perkhidmatan kewangan digital dan pengangkutan.


Video oleh NURULANUAR MANSOR

Kerjasama tersebut dijalin antara penyedia khidmat e-wallet, Boost, KLIA Express, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), CatchThatBus, EzCab dan City Carpark.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Boost, Christopher Tiffin, melalui kerjasama itu, syarikatnya akan menjadi pusat bayaran sehenti bagi pelanggan yang mahu mendapatkan perkhidmatan awam dan letak kereta bagi perjalanan serta urusan di Kuala Lumpur.

“Sebelum ini, penggunaan perkhidmatan awam di bandar raya merupakan satu urusan yang merumitkan kerana mereka terpaksa berurusan secara tunai di kaunter-kaunter berlainan.

“Kerjasama itu juga membolehkan pelanggan merancang perjalanan antara bandar mereka menggunakan hanya satu aplikasi telefon pintar,” kata beliau kepada media selepas majlis perasmian kerjasama berkenaan di sini hari ini.
Yang turut hadir pada majlis perasmian kerjasama itu ialah CEO ERL, Noormah Mohd. Noor; CEO KTMB, Mohd. Rani Hisham Samsudin; CEO CactchThatBus, Viren Doshi; CEO EzCab, Raymond Yap dan CEO City Carpark, Datuk Nik Haidi Nik Mohamad.

Christopher menjelaskan, kerjasama yang dijalanlan itu membolehkan pelanggan membuat bayaran untuk khidmat letak kenderaan di dalam Kuala Lumpur di kawasan-kawasan yang dikendalikan oleh City Carpark.

Pelanggan juga boleh membuat pembelian tiket perjalanan bagi perkhidmatan pengangkutan yang ditawarkan oleh KLIA Express, KTMB), CatchThatBus serta EzCab.

Selain itu, bagi pelanggan yang menggunakan perkhidmatan ETS KTMB, mereka juga boleh membuat bayaran untuk makanan dan minuman yang dibeli di kantin dalam tren tersebut melalui aplikasi berkenaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×