KUALA LUMPUR 3 Nov. – Seramai 2,000 penduduk di kawasan perumahan Ukay Perdana, Ampang membantah projek pembinaan rumah teres dua tingkat di kawasan cerun bukit berhampiran rumah mereka. ZAINI RAMLI Pengerusi Persatuan Penduduk Ukay Perdana (DePURA), Zaini Ramli berkata, penghuni dalam kebimbangan ekoran projek yang bakal membangunkan 500 unit rumah itu didakwa boleh menyebabkan tanah runtuh berlaku sehingga membahayakan keselamatan penduduk. Beliau mendakwa, kelulusan untuk menjalankan projek itu juga adalah…










