[VIDEO] Melayu pendatang hanya retorik - Utusan Malaysia

[VIDEO] Melayu pendatang hanya retorik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 Nov. – Kerajaan dicadang mewujudkan satu kursus berkenaan Tamadun Melayu di universiti-universiti bagi merungkaikan segala polemik sejarah yang berlaku di negara ini.

Timbalan Pengarah Institut Alam dan Tamadun Melayu (Atma), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Zuliskandar Ramli berkata, kursus itu perlu bagi mengelakkan bangsa Melayu daripada diperkotak-katikkan di tanah air sendiri.

“Orang Melayu mudah diperkotak-katikan sebab itulah perlunya diwujudkan kursus Tamadun Melayu walaupun ada yang mempertikaikan adakah Melayu itu sebuah tamadun, tetapi kita kena jelaskan bahawa tamadun kita sama macam tamadun- tamadun lain.

“Kita ada kepandaian dan kekuatan yang boleh ditonjolkan. Wujudkan kursus Tamadun Melayu ini di universiti-universiti agar mereka mengenali sejarah. Ini kerana kalau kita lihat sejarah yang diajar ketika ini adalah sejarah moden,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi ahli panel dalam forum ‘Kependudukan dan Pergerakan Etnik di Kepulauan Melayu’ di Bangunan Canselori UKM dekat sini hari ini.

Forum tersebut menjadi kontroversi apabila menggunakan tajuk ‘Polemik Kehadiran Masyarakat India di Semenanjung Tanah Melayu’ yang dianggap ‘memalukan’ dan boleh menimbulkan kebencian antara kaum oleh pihak-pihak tertentu.

Turut hadir sebagai ahli panel adalah Profesor Penyelidikan Dasar dan Pengajian Antarabangsa Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Datuk Dr. Ahmad Murad Merican; Pakar Tamadun India Jabatan Sejarah Universiti Malaya, Azharudin Mohamed Dali; Pensyarah UKM, Dr. Suffian Mansor dan Pengarah Atma, Prof. Dr. Supyan Husssin selaku moderator.

Sementara itu, Dr. Ahmad Murad dalam sidang akhbar berkata, sentimen mendakwa sesebuah kaum itu penduduk asal di Tanah Melayu semakin merebak selepas zaman pemerintahan pertama Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sekitar 2002.

Katanya, keretakan itu semakin jelas ketika zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi dan diburukkan dengan penggunaan media sosial yang semakin meluas.

“Dalam dua dekad, orang bukan Melayu mendakwa mereka terlibat dalam pembinaan negara sehinggakan dalam keghairahan untuk menetap dan menonjolkan identiti, mereka juga mendakwa orang Melayu ini pendatang.

“Apabila dituduh sebagai pendatang, orang Melayu hanya mempertahankan diri menjelaskan mereka bukan pendatang tetapi perantau. Yang pendatang itu maksudnya datang dari luar zon budaya ke Kepulauan Melayu,” tegasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN