[VIDEO] Mat Redho cipta nama di Australia - Utusan Malaysia

[VIDEO] Mat Redho cipta nama di Australia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 6 Nov. – Kejayaan memenangi tempat ke­dua program Fear Factor Malaysia dan beraksi cemerlang dalam pertandingan ‘Sasuke Vietnam’ (Ninja Warrior) terus menyuntik semangat bintang realiti, Mat Redho untuk muncul juara Liga Ninja 2018’ di Perth, Australia hari ini.

Mat Redho atau nama sebenarnya Mohd. Redha Razlan, 30, yang merupakan Pegawai Teknologi Maklumat (IT) mencipta sejarah dengan memenangi pertandingan itu selepas mene­waskan dua pencabar terdekat, peserta akhir ‘American Ninja Warrior’ Jake Murray serta peserta tempatan, Cameron D’ Silva.

Menurut Mat Redho me­nerusi akaun Instagram milik­nya, dia amat berbangga me­ngibarkan Jalur Gemilang di atas podium termasuk di peringkat antarabangsa.

“Alhamdulillah, setakat ni saja yang saya mampu. Terima kasih pada isteri yang selalu teman dan jerit sambil dukung anak kami.

“Kami ada tabung sendiri untuk keluar negara. Macam biasa jika nak bertanding di luar negara pasti pecah tabung punya. Dalam masa yang sama, tidak pernah pun putus asa cuba nasib untuk ditaja,” katanya.

Dalam pada itu, menurut kenyataan Facebook Kementerian Belia dan Sukan, kejayaan tersebut begitu membanggakan dan mengharumkan nama Malaysia dalam arena sukan.

“Saat membanggakan buat arena sukan negara apabila Mohd. Redha Razlan atau dikenali sebagai Mat Redho muncul juara Final Liga Ninja 2018.

“Beraksi di Perth, Austrlia, beliau merupakan bekas naib juara Fear Factor Malaysia musim kedua menewaskan Jake Murray dan Cameron D’ Silva. Tahniah. Rakyat Malaysia berbangga dengan anda. Malaysia Boleh!,” kata kenyataan itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN