[VIDEO] Keadaan di sekitar kuil tenteram - Utusan Malaysia

[VIDEO] Keadaan di sekitar kuil tenteram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUBANG JAYA 28 Nov. – Keadaan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Putra Heights di sini masih dikawal pihak polis namun berada dalam keadaan tenteram.

Dua buah kereta forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilihat tiba kira-kira pukul 10.45 pagi untuk melakukan siasatan di lokasi sekitar kuil.

Tinjauan Utusan Malaysia bermula kira-kira pukul 10 pagi ini mendapati, kawalan polis hanya dilakukan di sekitar kawasan kuil sahaja.

Laluan Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP) berhampiran kawasan kuil juga dibuka kepada laluan awam seperti biasa.

Polis juga masih mengawal bangunan yang menempatkan syarikat pemaju One City berhampiran kawasan kuil.

Setakat ini, hanya satu sekatan jalan dilakukan polis melibatkan kawasan dari bangunan One City ke kuil.

Semalam, lebih 2,000 individu berkumpul di kawasan kuil dan sebahagian mereka melakukan rusuhan termasuk menyekat laluan LDP di hadapan kuil dan membakar tiga buah kereta.

Bangunan yang menempatkan syarikat pemaju One City turut dirosakkan termasuk sebuah kereta yang terletak di hadapan bangunan itu dimusnahkan kumpulan perusuh tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN