KUALA LUMPUR 11 Nov. – Pengunjung di sebuah gedung perabot di Cheras di sini terkejut apabila kawasan parkir kereta dinaiki air akibat hujan lebat yang melanda Lembah Klang petang tadi.
Video MEDIA SOSIAL
Hujan lebat bermula kira-kira pukul 4.30 petang itu mengakibatkan kawasan parkir tersebut dinaiki air dan menyebabkan kesesakan bagi mereka yang mahu keluar dari gedung tersebut.
Memuatkan artikel berkaitan…
Difahamkan kenderaan yang mahu keluar dari kawasan parkir tersebut terpaksa menunggu lebih setengah jam tanpa diketahui puncanya.
“Pemandu kenderaan membunyikan hon beberapa kali kerana bimbang kawasan tersebut akan dinaiki air,” kata pengunjung yang enggan dikenali kepada Utusan Online, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE











