BUTTERWORTH 27 Nov. – Seorang kanak-kanak lelaki bersama seorang wanita dipercayai terlibat mencuri sebuah telefon bimbit di salah sebuah kedai telekomunikasi di Terminal Penang Sentral di sini Ahad lalu. Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, tindakan kanak-kanak terbabit berjaya dikesan kamera litar tertutup (CCTV) yang kemudiannya menjadi tular di laman sosial. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian itu pada pukul 9.47 malam hari yang sama. Menurutnya, kejadian itu hanya disedari seorang pekerja kedai terbabit selepas telefon bimbit yang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya