SEPANG 23 Nov.- Isteri kepada bekas Penasihat Pertahanan Kedutaan Turki di Malaysia didenda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memiliki 18 peluru hidup di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada September lalu. Fatma Nilufer Senyuva, 62, dijatuhkan hukuman itu setelah menukar pengakuan kepada bersalah di hadapan Majistret Yusna Khadijah Md. Yusop. Mahkamah juga memerintahkan tertuduh dipenjara lapan bulan jika gagal membayar denda tersebut. Warga asing itu sebelum ini mengaku tidak bersalah pada kali pertama dituduh pada 25 September lalu. Wanita tersebut didakwa memiliki 18 peluru…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya