[VIDEO] Empat rumah musnah terbakar di Kuala Perlis - Utusan Malaysia

[VIDEO] Empat rumah musnah terbakar di Kuala Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR 9 Nov. – Sebanyak empat buah rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Seberang Tok Pi di Kuala Perlis, dekat sini malam tadi.

Walau bagaimanapun tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan berlaku dalam kejadian pukul 9.10 malam itu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Muhamad Firdaus Yusop berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran rumah-rumah kayu itu pada pukul 9.21 malam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kata beliau, pihaknya kemudian berjaya mengawal kebakaran dalam tempoh sejam dengan kekuatan kira-kira 50 orang anggota termasuk daripada pasukan bomba sukarela.

“Kebakaran didapati bermula dengan sebuah rumah sebelum merebak ke tiga lagi rumah berhampiran. Setakat ini, punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Untuk rekod pada tahun lalu, sebanyak 15 buah rumah musnah dalam kebakaran di kawasan berkenaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN