KAJANG 12 Nov. – Polis menumpaskan dua kumpulan sindiket pecah rumah dan curi kenderaan dengan menahan lima lelaki dalam beberapa serbuan di sekitar Lembah Klang baru-baru ini. Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd. Yussof berkata, kumpulan terbabit dikenali sebagai Geng Ah Heng dan Geng Ah Cheng aktif melakukan kegiatan tersebut sejak pertengahan tahun ini. “Dengan tumpasnya dua kumpulan ini pihak polis percaya sebanyak 33 kes pecah rumah…










