[VIDEO] Datang 6 pagi bayar saman - Utusan Malaysia

[VIDEO] Datang 6 pagi bayar saman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 9 Nov. – Pesalah trafik sanggup beratur seawal pukul 6 pagi demi mengejar tawaran diskaun 50 peratus yang berakhir hari ini di Balai Polis di Jalan Tun H. S. Lee, di sini.

Bagi Raja Shaharuzaman, 33, dia mengambil peluang hari terakhir tawaran diskaun itu dengan mengambil upah membayar saman untuk individu yang tidak sempat hadir sendiri membuat bayaran.

“Ini hari ketiga saya di sini.. memandangkan semalam dan kelmarin saya datang agak lewat, hari ini saya cuba datang seawal 6 pagi supaya dapat selesaikan awal.

“Tapi nampaknya selepas tujuh jam juga beratur baru giliran saya untuk membayar sampai,” katanya ketika ditemukan Utusan Online di sini.

Tinjauan Utusan Malaysia hari ini mendapati, rata-rata yang datang membanjiri pekarangan balai itu memang ternanti-nanti tawaran diskaun tersebut berikutan mempunyai jumlah saman tertunggak yang banyak.

Menurut seorang penjawat awam yang hanya mahu dikenali sebagai Johan, 46, dia mempunyai 25 saman tertunggak dan merasa terbeban untuk menyelesaikan semuanya sekali gus.

“Memang sangat bersyukur saya dapat selesaikan separuh daripada saman yang terkumpul sejak tahun 2008 itu.

“Saya harap untuk masa depan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik dapat memanjangkan tempoh pembayaran kepada sekurang-kurangnya 10 hari agar tidak berlaku kesesakan seperti tiga hari ini,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN