[VIDEO] Dapur runtuh akibat hujan lebat - Utusan Malaysia

[VIDEO] Dapur runtuh akibat hujan lebat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 13 Nov. – Dapur sebuah rumah di Kampung Tasik Permai, Ampang, dekat sini runtuh manakala dua lagi kediaman bersebelahannya retak teruk akibat hakisan tebing sungai selepas hujan lebat yang melanda Lembah Klang, hari ini.


 

Video ihsan JABATAN BOMBA & PENYELAMAT

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ampang Jaya, Timbalan Penguasa Bomba Ariff Mohamed Kassim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.21 petang sebelum sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Apabila tiba, kita dapati bahagian dapur berkeluasan 3.6 x 15.2 meter persegi sebuah rumah telah runtuh akibat hakisan tebing sungai yang terletak berdekatan bahagian tersebut.

“Kejadian itu tidak melibatkan kecederaan namun semua penghuni telah dipindahkan ke tempat selamat dan diuruskan oleh pihak Majlis Daerah Ampang Jaya (MPAJ). Kita turut menasihatkan rumah terlibat dikosongkan sehingga kerja pembaikan tebing sungai dilakukan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, menurut Bahagian Kejuruteraan MPAJ, kebanyakan rumah di lokasi dibuat penambahan tanpa kelulusan di atas tanah tambakan sehingga berada di atas tembok longkang.

“Keadaan itu memberi beban tambahan kepada struktur longkang sekali gus mengakibatkan kerosakan. Walaupun longkang masih kukuh di belakang sebahagian rumah, namun terdapat keretakan akibat daripada pembinaan tanpa kelulusan itu,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN