[VIDEO] Dadah RM18 juta dirampas - Utusan Malaysia

[VIDEO] Dadah RM18 juta dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 11 Nov. – Cawangan Narkotik Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor berjaya mematahkan cubaan menyeludup masuk 300 kilogram (kg) dadah bernilai RM18 juta apabila menahan sebuah kontena di Pelabuhan Tanjung Pelepas, Pasir Gudang, dekat sini pada 1 November lalu.

Ketua Pengarah JKDM, Datuk Seri T. Subromaniam berkata, dalam kejadian pada pukul 2 petang itu, dua lelaki warga tempatan berusia 30 dan 35 tahun ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Berdasarkan maklumat awam yang diterima, Cawangan Narkotik JKDM negeri berjaya menahan satu kontena 20 kaki dalam keadaan mencurigakan di Pelabuhan Tanjung Pelepas.

“Hasil pemeriksaan mendapati kontena tersebut mengandungi dua unit tangki air, 50 unit kotak kosong dan 30 unit penapis air sebelum pemeriksaan lanjut kita menemui dadah jenis methamphetamine yang disorok dalam tangki dan penapis air,” katanya dalam sidang akhbar di Menara Kastam, di sini sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN