[VIDEO] Co-opBank Pertama hargai publisiti yang diberikan Utusan - Utusan Malaysia

[VIDEO] Co-opBank Pertama hargai publisiti yang diberikan Utusan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 12 Nov. – Bank koperasi, Co-opBank Pertama (CBP) Berhad amat menghargai publisiti oleh Utusan Malaysia sejak Julai tahun ini yang telah membantu melonjakkan jumlah pelabur institusi kewangan berkenaan dengan ketara.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif  CBP, Mohd. Nor Abd. Razak, peningkatan ketara pelabur itu adalah kesan daripada publisiti dan berita positif mengenai bank tersebut yang disiarkan oleh Utusan Malaysia selama ini.

Mohd. Nor menambah, publisiti yang diberikan juga berjaya mengembalikan keyakinan pelabur sedia ada yang sebelum ini mengeluarkan wang mereka secara berperingkat daripada bank yang dahulunya dikenali sebagai Co-opBank Persatuan itu.

“Pengeluaran pelaburan yang berlaku pada ketika itu adalah disebabkan oleh pemberian dividen yang rendah, namun, keadaan itu berubah pada Julai tahun ini dan pelaburan yang dilakukan dilihat semakin bertambah.

“CBP menerima lebihan pelaburan antara RM50 juta hinga RM60 juta lebih dan ini disumbangkan secara tidak langsung disumbangkan oleh Utusan Malaysia,” katanya kepada Utusan Online selepas lawatan kerja beliau ke ibu pejabat akhbar ini.

Mohd. Nor turut memberitahu, pihaknya mengadakan lawatan ke Utusan Malaysia hari ini atas jemputan yang diberikan oleh pengurusan akhabr tersebut.

Rombongan yang turut disertai oleh Ketua Perancangan Strategik & Komunikasi Koporat CPB, Aminudin Ismail dan Pengurus Transformasi CPB, Syaiful Arief Syah Mohamed Said itu tiba sekitar pukul 3.30 petang dan disambut oleh Ahli Lembaga Pengarah Kumpulan Utusan, Wan Zalizan Wan Jusoh serta pengurusan tertinggi syarikat. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN