[VIDEO] Barca tewas, Solari teruskan magis di Real - Utusan Malaysia

[VIDEO] Barca tewas, Solari teruskan magis di Real

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BARCELONA, Sepanyol 12 Nov. – Barcelona tumpas buat kali pertama dalam tempoh dua tahun gelanggang sendiri apabila tunduk 3-4 kepada Real Betis di Nou Camp awal pagi tadi.

Kali terakhir Barcelona tewas di Nou Camp adalah ketika menentang Alaves pada September 2016 namun corak serangan balas pantas Betis berjaya mengakhiri rekod 42 perlawanan tanpa kalah tuan rumah.

Tiga jam selepas kekalahan mengejut itu, seteru, Real Madrid meneruskan kecemerlangan di bawah bimbingan pengendali sementara, Santiago Solari selepas menundukkan Celta Vigo 4-2 di gelanggang lawan.

Real Madrid menundukkan Celta Vigo
KARIM Benzema meraikan gol jaringannya bagi membantu Real Madrid menundukkan Celta Vigo 4-2 awal pagi tadi. – UTUSAN ONLINE/AFP

Real kini merekodkan empat kemenangan berturut-turut sejak Solari mengambil alih dan kemenangan ke atas Celta kembali merapatkan jurang pasukan itu dengan Barcelonas kepada empat mata.

“Dia berjaya lakukan dengan cemerlang. Kami gembira dengan apa (keputusan) yang diberlaku,” kata Pengarah Kelab Real Madrid, Emilio Butragueno.

Sementara itu, ditanya mengenai masa depannya bersama skuad utama Real, Solari masih belum membuat sebarang keputusan.

“Kita akan lihat nanti. Saya jarang merancang sejauh itu,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN