KLANG – Dua anggota polis nekad meredah kolam tadahan banjir sedalam semeter selama seminit bagi menangkap seorang pencuri motosikal dalam kejadian di Jalan Persiaran Delima 2, Bandar Parkland di sini petang semalam. Usaha tersebut ternyata berhasil apabila suspek warga Indonesia berusia 26 tahun itu berjaya ditangkap dalam kejadian pukul 6 petang. Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, kejayaan tangkapan tersebut bermula apabila dua anggota polis…










