Vettel nafi SF71H dominan - Utusan Malaysia

Vettel nafi SF71H dominan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Pelumba Ferrari, Sebastian Vettel menafikan bahawa pasukannya memiliki sebuah jentera berdaya saing untuk merebut kejuaraan pada perlumbaan Formula Satu (F1) musim ini.

Minggu lalu, impian pelumba Jerman itu untuk memburu gelaran dunia buat kali kelima tidak kesampaian apabila sekali lagi tewas kepada Lewis Hamilton (Mercedes) selepas berada di kedudukan kedua pada Grand Prix (GP) Mexico.

“Saya mungkin memiliki pendapat yang berbeza mengenai soal prestasi jentera kami musim ini. Saya akui SF71H merupakan jentera yang hebat tetapi persepsi di luar sana menganggap kami memiliki jentera yang dominan.

“Saya fikir kenyataan itu tidak benar dan jika anda lihat keputusan sepanjang musim ini, saya tidak nampak bahagian mana kami mampu tampil dominan. Sebagai contoh ketika di Belgium saya tidak mampu berada di petak hadapan meskipun saya muncul juara di sana.

“Tahun lalu, kami mempunyai ma­salah dari segi tenaga kuasa kuda yang tidak mencukupi dan sebab itu kami tidak berupaya untuk memintas pelumba lain. Tahun ini kami berjaya memperbaiki masalah itu dan ada ke­lebihan untuk bersaing dengan Hamilton.

“Kami berdua hanya dibezakan beberapa saat dan saya akui ia adalah saingan yang cukup mencabar. Bagi saya, kami belum memiliki sebuah jentera yang dominan,” katanya.

Hamilton muncul pelumba ketiga dalam sejarah perlumbaan F1 meraih gelaran juara dunia lima kali walaupun pesaingnya, Max Verstappen memenangi saingan di Mexico.

Pelumba Britain berusia 33 tahun ini menyamai rekod pencapaian legenda Argentina, Juan Manuel Fangio dan kini hanya juara tujuh kali, Michael Schumacher yang mengatasi rekod pencapaian kedua-dua pelumba berke­naan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN