Verstappen jengkel perangai Ocon - Utusan Malaysia

Verstappen jengkel perangai Ocon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BRAZIL – Reaksi sinis pelumba Force India, Esteban Ocon ketika diajukan soalan membuatkan pemandu Red Bull, Max Verstappen berasa jengkel lalu bertindak menolaknya dalam insiden selepas perlumbaan Grand Prix (GP) Brazil di Litar Interlagos Ahad lalu.

Terdahulu, Verstappen berang dengan tindakan Ocon yang menjadi punca kepada kegagalannya untuk melakar kemenangan di kedudukan pertama berturut-turut dalam karier Formula Satu (F1).

Pelumba berusia 21 tahun itu dilihat hilang kawalan apabila bertindak menolak Ocon ketika berada di bilik penimbang berat badan sebelum pergelutan mereka di­leraikan oleh pegawai Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA).

“Niat saya bertemu dengannya selepas perlumbaan Ahad lalu hanya untuk berta­nyakan motif dia yang seakan-akan sengaja menyebabkan saya tewas.

“Namun, dia dengan segera memberi jawapan bahawa insiden itu berlaku kerana jenteranya lebih laju berbanding saya, ditambah lagi dengan senyuman sinisnya.

“Saya cuba sedaya upaya untuk kekal positif terhadap semua pihak tetapi tersasar di kedudukan kedua perlumbaan dengan cara sebegitu memang membuatkan saya sakit hati.

“Kemudian Ocon bukan sahaja tidak mahu meminta maaf ekoran kesilapannya, malah dia menyindir saya dengan nada sinis pula,” tegas Verstappen. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×