Utamakan bantu rakyat di negara sendiri - Utusan Malaysia

Utamakan bantu rakyat di negara sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram


SAYA tersentuh hati bila membaca berita masih ramai rakyat Malaysia menderita akibat penyakit kronik seperti sakit jantung, kerosakan buah pinggang dan lain-lain lagi.

Mereka ini menderita kerana tidak mempunyai duit untuk berubat. Soalan saya, kenapa duit rakyat digunakan untuk tolong orang di negara lain?

Apa perlunya kita tolong mereka sedangkan rakyat sendiri tidak dibantu? Inilah yang dikatakan kera di hutan disusukan anak di rumah mati kelaparan.

Adakah orang-orang di negara-negara tersebut akan menolong kita kalau Malaysia menghadapi kesusahan? Sifat terlampau bermurah hati ini sejak dari dulu lagi diamalkan pentadbiran negara tidak kira Kerajaan Barisan Nasional mahupun Kerajaan Pakatan Harapan.

Saya percaya majoriti rakyat negara ini bersetuju supaya kerajaan utamakan rakyat sendiri dahulu daripada membantu orang luar kerana sejujurnya masih ramai rakyat kita yang dahagakan pembelaan daripada pemimpin mereka.

RAKYAT DERITA

Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN