KUALA LUMPUR 12 Nov. – Usaha mencari dan menyelamat remaja lelaki yang dilaporkan sesat selepas terpisah dalam kumpulan ketika mendaki di hutan berhampiran Air Terjun Sungai Lepoh dekat sini, semalam diteruskan hari ini. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Mohd. Rizal Buang berkata, mangsa, Amirul Rashid Mohd. Aminadahallah, 16, yang terpisah daripada kumpulan seramai 40 guru dan rakannya kira-kira pukul 4 petang semalam masih belum ditemukan…










