KUALA NERUS 12 Nov. – Universiti Malaysia Terengganu (UMT) akan menawarkan tiga program pengajian baharu bagi sesi pengambilan 2019/2020 dalam usaha melahirkan graduan yang mampu memenuhi permintaan semasa dalam pasaran kerja. Ini melibatkan dua daripada Pusat Pengajian Sains Marin dan Sekitaran iaitu Sarjana Sains (Forensik Alam Sekitar) dan Sarjana Muda Sains (Geosains Marin) di samping Sarjana Muda Sains Komputer (Komputeran Mudah Alih) di bawah Pusat Pengajian Informatik dan Matematik Gunaan.…










