UMNO lancar jentera hadapi PRK DUN Rantau - Utusan Malaysia

UMNO lancar jentera hadapi PRK DUN Rantau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU – UMNO mengambil langkah proaktif bagi berhadapan kemungkinan Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau diadakan dengan melancarkan jentera pilihan raya bagi kerusi itu semalam.

Presidennya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, jentera tersebut ditubuhkan bagi melancarkan gerak kerja parti di peringkat akar umbi walaupun mahkamah belum memutuskan tentang petisyen pilihan raya DUN Rantau.

“Meskipun setakat ini mahkamah belum ada keputusan terhadap petisyen pilihan raya DUN Rantau, kita bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya akan membantu Tok Mat (Ahli Dewan Undangan Negeri Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan) mempertahankan kerusi DUN Rantau. Saya yakin kelahiran semula UMNO bermula di negeri ini,” katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan Majlis Bersama Presiden UMNO di Rantau dekat sini hari ini.

Mohamad yang juga Timbalan Presiden UMNO hadir majlis tersebut bersama Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri dan Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 pada Mei lalu, Mohamad menang tanpa bertanding kerusi DUN Rantau selepas calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. S. Streram dilarang masuk ke pusat penamaan calon ekoran tidak memiliki pas yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.

Berikutan itu, Streram memfailkan petisyen di mahkamah memohon PRK DUN itu diadakan semula dan kes tersebut masih berjalan.

Sementara itu, Mohamad berkata, beliau menjangkakan keputusan petisyen PRK DUN Rantau itu akan diputuskan pada minggu hadapan.

“Kita bukan tidak yakin atau mahu mendahului keputusan mahkamah. Jika tiada PRK syukur Allhamdulillah. Tetapi jentera ini akan digerakkan untuk kita bangkitkan semula UMNO,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN