SELEPAS enam bulan pasca Pilihan Raya Umum Ke-14, sudahkah UMNO menimba pengalaman berharga sebagai parti tidak berkerajaan? Sementara mengenal dan mengamalkan tuntutan Fasal 3 Perlembagaan parti, para pemimpinnya tidak kira dari aras tingkat mana pun, waima Majlis Kerja Tertinggi (MKT) atau ketua-ketua bahagian, sudahkah membuat penilaian-pasca atau post mortem PRU itu? Apakah dasar-dasar parti buatan MKT atau perhubungan negeri selepas perhimpunan agung tempoh hari yang masih tidak dilunaskan? Atau jika…









