GEORGE TOWN – Pos Malaysia semalam mengesan seekor ular sawa dikirim menggunakan perkhidmatan Pos Laju selepas seorang kakitangannya berasa curiga dengan sebuah kotak sebesar kotak kasut bergerak-gerak ketika ia dalam proses untuk dihantar kepada penerimanya.
Kejadian aneh tersebut menjadi perbincangan netizen selepas kejadian yang tidak diketahui di cawangan Pos Laju mana tersebut menjadi tular di media sosial.
Mengikut perkongsian maklumat dalam kalangan pengguna Facebook, reptilia bersaiz sebesar lengan individu dewasa dan panjang hampir semeter itu diisi di dalam sebuah kotak sebelum kotak itu dibalut menggunakan kertas surat khabar.
Menerusi beberapa keping gambar yang tular itu menunjukkan seorang individu dipercayai kakitangan Pos Malaysia membuka bungkusan bertulis ‘pending’ atau `ditahan’ sambil mengeluarkan haiwan berkenaan dalam keadaan masih hidup.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.











