Ukraine diancam perang besar dengan Rusia - Poroshenko - Utusan Malaysia

Ukraine diancam perang besar dengan Rusia – Poroshenko

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KIEV 28 Nov. – Presiden Ukraine, Petro Poroshenko memberi amaran berlaku `perang besar’ manakala Rusia pula telah menambah bilangan anggota tentera di sempadan kedua-dua negara ketika ketegangan memuncak antara dua negara jiran bekas Soviet itu.

Krisis berkenaan juga menyebabkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memberi amaran untuk membatalkan persidangan yang ditunggu-tunggu antara beliau dan Presiden Rusia, Vladimir Putin.

Poroshenko memberi amaran, pertikaian berikutan rampasan kapal milik negara ini oleh Rusia akan meningkatkan ketegangan antara tentera Ukraine-Rusia.

“Saya tidak mahu sesiapa menyifatkan perkara ini suatu perkara suka-suka. Ukraine kini diancam perang besar dengan Rusia,’’ katanya.

Jumlah unit tentera Rusia yang dihantar ke sempadan Ukraine-Rusia `meningkat secara dramatik’ sementara jumlah kereta kebal negara itu bertambah tiga kali ganda, kata Poroshenko. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN