KUALA LUMPUR 2 Nov. – Ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe berkata pemain negara seharusnya menjadikan pertemuan dengan Maldives esok sebagai ujian sebenar sebelum Harimau Malaya memburu kejayaan dalam Piala AFF minggu hadapan. Katanya, buat masa sekarang dia belum mendapat bayangan siapa yang akan menganggotai kesebelasan utama dalam kempen Piala AFF yang berlangsung 8 November hingga 15 Disember nanti, tetapi membayangkan mungkin akan mendapat gambaran lebih jelas siapa…










