UiTM terus melonjak - Utusan Malaysia

UiTM terus melonjak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU 12 Nov. – Sebanyak tiga faktor pen­ting melonjakkan Universiti Teknologi Mara (UiTM) untuk terus menjadi pilihan utama kepada anak muda untuk me­lanjutkan pengajian di peringkat tinggi.

Pro Canselor UiTM, Tan Sri Dr. Abdul Rahman Arshad berkata, faktor tersebut ialah pilihan kursus yang banyak, kampus cawangan di setiap negeri dan kawasan tanah yang luas bagi projek serta pemba­ngunan masa hadapan.

Beliau berkata, kelebihan yang dinikmati oleh UiTM itu akan memacu pertumbuhan universiti tersebut pada masa depan.

“Kita bergerak ke arah yang baik dan memberi jaminan pekerjaan kerana tawaran kursus dalam pelbagai bidang.

“Walaupun bilangan pelajarnya ramai, ia masih jadi pilihan yang terbaik kerana kita berkembang,’’ katanya dalam sidang akhbar selepas ucaptama dan mengisytiharkan pembukaan sidang pertama Istiadat Konvokesyen Ke-89 UiTM Cawangan Negeri Sembilan di Dewan Biduanda UiTM Kampus Rembau di sini hari ini.

Yang turut hadir, Rektor UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Profesor Dr. Nasrudin Mohammed.

Pada majlis itu, seramai 1,632 graduan dari tiga kampus universiti itu di negeri ini iaitu Kuala Pilah, Seremban 3 dan Rembau menerima diploma dan ijazah masing-masing.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN