SHAH ALAM 23 Nov. – Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Puncak Perdana dekat sini menganjurkan sambutan Hari AIDS Sedunia bertujuan memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat pelbagai peringkat mengenai keperluan memainkan peranan sebagai pemimpin di peringkat masing-masing bagi menangani pandemik penyakit itu. Wakil penganjur, Julina Tajul Ariffin berkata, penganjurannya juga sebagai langkah untuk menggerakkan penglibatan semua warga kampus bagi mencegah penularan HIV/AIDS. “Di samping itu, ia dapat mengubah sikap dan meningkatkan kesedaran komuniti kampus terutama para pelajar yang majoritinya golongan belia tentang hakikat bahawa HIV/AIDS boleh dicegah. “Program ini juga diharapkan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya