KUALA LUMPUR 9 Nov. – Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menafikan dakwaan Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik akan meletakkan jawatan sebagai presiden universiti berkenaan dan sedang mencari calon penggantinya. Jurucakap Pejabat Komunikasi Korporat UIAM memberitahu, setakat ini, pihaknya tidak dimaklumkan secara rasmi mengenai perkara itu. Malah, jelas pejabat komunikasi korporat itu lagi, pihaknya kini sedang sibuk dengan persiapan Istiadat Konvokesyen UIAM ke-34 yang berlangsung selama empat hari bermula esok. “Kami…









