Turunkan bayaran tol bandar - Utusan Malaysia

Turunkan bayaran tol bandar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TERIMA kasih kepada Menteri Kewangan, Lim Guan Eng kerana membekukan kenaikan tol di semua lebuh raya dalam bandar ketika membentangkan Belanjawan 2019 kelmarin.

Satu lagi berita menggembirakan ialah pemansuhan tol motosikal di Jambatan Pulau Pinang dan Lebuh Raya Laluan Kedua di Johor.

Di Lembah Klang, para pemandu kenderaan memang dibebankan dengan bayaran tol kerana ramai yang terpaksa melepasi beberapa tol sebelum sampai ke tempat kerja atau sesuatu destinasi.

Jika beberapa tahun lalu sebahagian besar lebuh raya di Lembah Klang hanya mengenakan RM1 atau paling tinggi RM1.20 untuk satu tol tapi sekarang kadar yang dikenakan agak tinggi sehingga RM1.80.

Jika satu tol dikenakan RM1.80, bayangkan duit yang mengalir dari poket pengguna lebuh raya bandar apabila terpaksa melepasi beberapa tol bagi satu perjalanan.

Seelok-eloknya kadar bayaran tol untuk lebuh raya bandar ditetapkan tidak lebih RM1.00 kerana jumlah kenderaan akan semakin bertambah dari tahun ke tahun.

Diharapkan Guan Eng dapat mempertimbangkan pengurangan kadar bayaran tol dalam pembentangan Belanjawan 2020 nanti.

Seperkara lagi, pertimbangkan juga untuk mengurangkan kadar tol di Lebuh Raya Utara-Selatan dan lebuh raya jarak jauh lain bagi menggalakkan rakyat untuk melancong dalam negara dan pulang ke kampung halaman.

P/S: Pemimpin kena berjiwa rakyat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN