JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan melantik cucunda putera baginda, Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Tunku Ismail yang berusia setahun satu bulan sebagai Raja Muda Johor.
Pemasyhuran tersebut diumumkan Sultan Ibrahim pada Majlis Istiadat Hari Keputeraan baginda yang ke-60 di Istana Besar di sini semalam.
Baginda bertitah, pelantikan cucundanya itu sebagaimana hak dan kuasa yang termaktub dalam Fasal 23 Bahagian Pertama dan Fasal 7(2E) Bahagian Kedua, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor.
“Maka, saya sebagai Raja dengan Persekutuan Jumaah Majlis Diraja telah berkenan untuk melantik, menjadikan dan menggelar Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar sebagai Raja Muda Johor.
“Oleh itu, mulai saat ini, Tunku Iskandar Abdul Jalil Bakar merupakan waris kedua kepada takhta pemerintahan kerajaan Johor iaitu orang yang menyusul kemudian daripada waris,” titah baginda.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.










