Tun Zaki dilantik Ketua Hakim mahkamah kewangan Dubai - Utusan Malaysia

Tun Zaki dilantik Ketua Hakim mahkamah kewangan Dubai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 6 Nov. – Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Mohamed Azmi dilantik sebagai Ketua Hakim Mahkamah Pusat Kewangan Antarabangsa Dubai (DIFC).

Menurut kenyataan pejabat media kerajaan Dubai, pelantikan dibuat oleh Pemerintah Dubai, Sheikh Mohammed Rashid Al Maktoum itu, akan berkuat kuasa 14 November ini.

Zaki yang berusia 73 tahun, menyertai Mahkamah DIFC pada Disember 2013, dua tahun selepas bersara sebagai Ketua Hakim Negara.

Mahkamah DIFC mengendalikan pertikaian sivil dan komersial di Dubai, iaitu satu daripada pusat kewangan terkemuka dunia.

Zaki, yang berada di Dubai, memberitahu Bernama bahawa pelantikan itu amat mengejutkannya.

“Alhamdulillah, saya dua kali menjadi Ketua Hakim,” katanya menerusi aplikasi WhatsApp. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN