Tun Mahathir tiba di Singapura, program tanpa henti menanti Perdana Menteri - Utusan Malaysia

Tun Mahathir tiba di Singapura, program tanpa henti menanti Perdana Menteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA – Tun Dr. Mahathir Mohamad selamat tiba di Singapura untuk lawatan rasmi dua hari sebelum menyertai sembilan lagi ketua kerajaan untuk Sidang Kemuncak ASEAN ke-33.

Lawatan beliau ke republik itu adalah atas undangan rakan sejawatannya dari Singapura, Lee Hsien Loong yang mana kedua-duanya akan duduk bersama dalam mesyuarat dua hala buat pertama kalinya di The Istana.

Pesawat yang membawa Perdana Menteri dan isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali mendarat di Kompleks VIP Lapangan Terbang Changi di sini pada pukul 8.40 pagi.

Lawatan itu adalah sebahagian daripada lawatan pengenalan peringkat tinggi Mahathir ke negara-negara ASEAN selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7 pada Mei lepas.

Ketibaan beliau disambut Menteri Pembangunan Negara Singapura, Lawrence Wong, Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Vanu Gopala Menon dan Menteri Luar Malaysia, Datuk Saifuddin Abdullah. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN