Tujuh penghuni Asrama Akhlak larikan diri melalui siling tandas - Utusan Malaysia

Tujuh penghuni Asrama Akhlak larikan diri melalui siling tandas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR – Seramai tujuh penghuni perempuan Asrama Akhlak Jitra dekat sini nekad meloloskan diri dengan memecahkan siling bumbung asrama tersebut awal pagi semalam.

Kejadian kira-kira pukul 1 pagi itu disedari penghuni lain yang kemudian memaklumkan perkara tersebut kepada seorang pembantu kebajikan masyarakat yang bertugas.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd. Ismail Ibrahim memberitahu, pihak asrama terus melakukan pemeriksaan di kawasan sekitar dan mendapati tujuh penghuni telah melarikan diri melalui siling pada bumbung tandas asrama.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Empat penghuni berjaya ditemui semula di kawasan berhampiran manakala tiga lagi sempat meloloskan diri,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, pemeriksaan lanjut menemui kesan kerosakan pada pagar berduri asrama dan mereka disyaki melarikan diri melalui laluan tersebut.

“Tiga penghuni yang masih hilang berusia 16 tahun dan masing-masing berasal dari Pokok Sena di sini; Langkawi dekat sini dan Pantai Remis, Perak,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN