ALOR SETAR – Seramai tujuh penghuni perempuan Asrama Akhlak Jitra dekat sini nekad meloloskan diri dengan memecahkan siling bumbung asrama tersebut awal pagi semalam. Kejadian kira-kira pukul 1 pagi itu disedari penghuni lain yang kemudian memaklumkan perkara tersebut kepada seorang pembantu kebajikan masyarakat yang bertugas. Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd. Ismail Ibrahim memberitahu, pihak asrama terus melakukan pemeriksaan di kawasan sekitar dan mendapati tujuh penghuni telah melarikan diri melalui siling pada bumbung tandas asrama. “Empat penghuni berjaya ditemui semula di kawasan berhampiran manakala tiga lagi sempat meloloskan diri,”…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya