Tujuh cabang PKR Sarawak mengundi - Utusan Malaysia

Tujuh cabang PKR Sarawak mengundi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING 11 Nov. – Tujuh lagi cabang PKR di Sarawak menjalankan pengundian hari ini bagi menentukan kepemimpinan parti.

Proses pengundian bermula dari pukul 9 pagi tadi sehingga 4 petang nanti.

Keputusan pengundian dijangka dapat diperolehi seawal pukul 5.30 petang.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tujuh cabang PKR itu iaitu Petra Jaya dengan 1,526 ahli, Sibu (2,458 ahli), Santubong (1,949 ahli), Stampin (538 ahli), Sri Aman (1,411 ahli), Puncak Borneo (1,408 ahli) dan Sarikei (1,397 ahli).

Pengundian hari terakhir ini yang menyaksikan tumpuan utama perebutan jawatan Timbalan Presiden PKR antara penyandang, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan pencabarnya, Mohd. Rafizi Ramli.

Semalam, Azmin mendahulu Rafizi dengan kelebihan 2,858 undi pada 21 cabang tidak termasuk cabang Julau kerana digantung keputusannya disebabkan masalah teknikal. – UTUSAN ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×