THOZI MCIKI bergerak secara mengesot menuju ke ruang tamu. Biarpun berhadapan dengan kesukaran untuk bergerak, namun bibir lelaki berusia 50 tahun itu tidak henti-henti mengucapkan rasa syukur kerana masih diberi peluang untuk hidup dan menghirup udara segar sekitar Cape Town, Afrika Selatan. Sejak didiagnosis dengan penyakit Fibrodysplasia Ossificans Progressiv (FOP) kira-kira 43 tahun lalu, Mciki hanya mampu menghabiskan sisa-sisa hidupnya di rumah. Biarpun begitu, dia tetap bersyukur kerana masih mempunyai…










