WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump kelmarin menyingkirkan Peguam Negara, Jeff Sessions sehari selepas pilihan raya Kongres dan berikrar melawan jika majoriti Dewan Perwakilan yang dikuasai Parti Demokrat melancarkan siasatan terhadap pentadbirannya. Sessions, penyokong awal Trump yang membuat kejutan dengan menarik diri daripada siasatan ke atas campur tangan Rusia semasa kempen pilihan raya Presiden 2016, dalam satu surat kepada Presiden berkata, dia meletak jawatan ‘atas permintaan anda’. Peletakan jawatan Sessions merupakan tindakan yang pertama dalam kalangan penjawat berprofil tinggi ketika Trump bakal membentuk semula pasukannya untuk menghadapi pemilihan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya