Trump benarkan tentera tembak pendatang Amerika Tengah - Utusan Malaysia

Trump benarkan tentera tembak pendatang Amerika Tengah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON 2 Nov. – Presiden Donald Trump membenarkan anggota tentera negara ini yang ditempatkan di sempadan Mexico menembak pendatang Amerika Tengah yang membaling batu ke arah mereka semasa mereka cuba menyeberangi sempadan secara haram.

Beliau memberitahu wartawan di White House bahawa terdapat satu kumpulan daripada beberapa ribu pendatang yang berjalan kaki dari Amerika Tengah melalui Mexico telah membanling batu secara `ganas’ ke arah polis Mexico.

““Kami tidak akan bersabar. Mereka baling batu ke arah tentera kami, tentera akan membalas balik. Saya telah memaklumkan kepada pihak tentera, anggaplah satu batu yang dibaling adalah satu raifal.’’

“Ketika mereka membaling batu seperti yang dilakukan terhadap tentera dan polis Mexico maka saya menyifatkannya sebagai satu raifal,’’ katanya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN