LUMUT 10 Nov. – Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) mengadakan lawatan media selama tiga hari dua malam ke Marina Island Pangkor bagi mempromosikan kemudahan serta tarikan yang ada di pusat pelancongan tersebut. Seramai lapan orang pengamal media yang terdiri daripada penulis blog, wartawan akhbar serta wartawan majalah pelancongan dibawa menikmati pengalaman melancong dan menyertai pelbagai aktiviti menarik di pulau buatan manusia tersebut, bermula 8 November lalu hingga hari ini.…










