Tong gas berteraburan selepas lori langgar treler - Utusan Malaysia

Tong gas berteraburan selepas lori langgar treler

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Puluhan tong gas bertaburan di atas jalan raya selepas lori yang membawa muatan tersebut melanggar belakang sebuah treler di Kilometer 20 Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi, dekat Kota Tinggi hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ahsmon Bajah berkata, kemalangan yang dilaporkan pada pukul 11.30 pagi itu turut mengakibatkan pemandu lori dan treler berkenaan mengalami kecederaan ringan.

“Punca kejadian dipercayai disebabkan kecuaian pemandu lori jenis Isuzu berkenaan yang dipercayai gagal mengawal kenderaannya sehingga melanggar belakang treler tersebut,” katanya yang dihubungi hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ashmon berkata, kejadian berkenaan bagaimanapun sedang disiasat lanjut mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas 1959.

Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Penawar Penguasa Bomba Kanan II Abd Rahim Abdul Rani berkata, sebuah jentera bersama empat anggota bomba ke lokasi kejadian bagi membantu menyelamat. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN