JOHOR BAHRU – Puluhan tong gas bertaburan di atas jalan raya selepas lori yang membawa muatan tersebut melanggar belakang sebuah treler di Kilometer 20 Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi, dekat Kota Tinggi hari ini. Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ahsmon Bajah berkata, kemalangan yang dilaporkan pada pukul 11.30 pagi itu turut mengakibatkan pemandu lori dan treler berkenaan mengalami kecederaan ringan. “Punca kejadian dipercayai disebabkan kecuaian pemandu lori jenis Isuzu berkenaan yang dipercayai gagal mengawal kenderaannya sehingga melanggar belakang treler tersebut,” katanya yang dihubungi hari ini. Ashmon berkata, kejadian berkenaan bagaimanapun…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya