IPOH 12 Nov. – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria meminta kerajaan tidak melayan dan menolak desakan meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD). Menurutnya, jika dibiarkan untuk dipolemikkan atas apa jua tujuan, ia akan mengundang rasa tidak puas hati dan perpecahan yang ketara antara kaum di negara ini. Beliau berkata, cadangan ratifikasi ICERD akan menafikan kesepakatan kontrak sosial yang sudah lama dipersetujui antara kaum di negara…










