IPOH 12 Nov. – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria meminta kerajaan menolak dan tidak melayan desakan meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD). Menurutnya, cadangan ratifikasi ICERD akan menafikan kesepakatan kontrak sosial yang sudah lama dipersetujui antara kaum di negara ini sejak mencapai kemerdekaan pada 1957. “Kerajaan bertanggungjawab memelihara amanah ummah agar mempertahankan Keluhuran Perlembagaan yang telah disepakati lebih 50 tahun lalu. Adalah menjadi satu keperluan bagi rakyat Perak yang telah mengecapi kemakmuran mempertahankan kedaulatan negara daripada sebarang anasir dalaman dan luaran yang berhasrat menggugat keamanan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya