Timbalan Pengarah KDNKA lawat lokasi kuil - Utusan Malaysia

Timbalan Pengarah KDNKA lawat lokasi kuil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUBANG JAYA 28 Nov. – Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Operasi) Bukit Aman, Datuk Fisol Salleh hadir kira-kira pukul 10.30 pagi untuk meninjau kawasan Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, di sini hari ini

Hadir sama ialah Komander Pasukan Simpanan Persekutuan Polis Simpanan Persekutuan (FRU), Senior Asisten Komisioner Hamzah Ahmad dan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari.

Fisol meluangkan masa selama 45 minit meninjau persekitaran kawasan kuil.

Tinjauan Utusan Malaysia kira-kira pukul 10 pagi tadi mendapati, kawalan polis hanya dilakukan di sekitar kawasan kuil sahaja.

Laluan Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP) berhampiran kawasan kuil juga dibuka kepada laluan awam seperti biasa.

Polis juga masih mengawal bangunan yang menempatkan syarikat pemaju One City berhampiran kawasan kuil.

Awal pagi semalam, lebih 2,000 individu berkumpul di kawasan kuil dan sebahagian mereka melakukan rusuhan termasuk menyekat laluan LDP di hadapan kuil dan membakar tiga buah kereta.

Bangunan yang menempatkan syarikat pemaju One City turut dirosakkan termasuk sebuah kereta yang terletak di hadapan bangunan itu dimusnahkan kumpulan perusuh tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN