Tikam rakan kerana novel - Utusan Malaysia

Tikam rakan kerana novel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NORTHWESTERN, Rusia – Seorang saintis di sebuah pangkalan di Antartika didakwa menikam rakannya kerana mendedahkan bahagian akhir novel yang dibacanya.

Savitsky memberitahu penyiasat Rusia bahawa dia menyerang mangsa dengan pisau dapur ketika dia membocorkan pengakhiran cerita.

Mangsa yang diterbangkan ke sebuah hospital di Chile dari pusat penyelidikan dan ditempatkan di unit rawatan intensif akibat mengalami kecederaan tulang belakang. Namun, keadaannya dilaporkan stabil.

Memuatkan artikel berkaitan…

Savitsky kini berada dibawah tahanan di rumahnya di St. Petersburg atas dakwaan cubaan membunuh.

Serangan itu dilaporkan berlaku di stesen penyelidikan Bellingshausen di Pulau King George yang merupakan sebahagian dari pulau Shetland Selatan.

Kes jenayah yang dilakukan di benua terpencil di dunia itu dipercayai merupakan kes pertama yang pernah berlaku.

Kenyataan saksi telah diambil untuk siasatan Jawatankuasa Penyiasatan Rusia di St. Petersburg.

Dalam pada itu, Savitsky menyatakan rasa kesal terhadap serangan yang dilakukannya.

Laporan mengatakan bahawa perbalahan itu didorong oleh pengaruh alkohol dan ruang tempat tinggal yang kecil.

Siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian sebenar. – METRO

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN