Tiga termasuk bekas pengarah bahagian visa JIM direman - Utusan Malaysia

Tiga termasuk bekas pengarah bahagian visa JIM direman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 1 Nov. – Tiga penjawat awam termasuk seorang bekas Pengarah Bahagian Visa, Pas dan Permit (VPP) Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bergelar Datuk ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan kes rasuah bernilai jutaan ringgit membabitkan kelulusan permohonan pas lawatan sosial.

Memuatkan artikel berkaitan…

Perintah tahanan reman bermula hari ini hingga Rabu lalu itu dikeluarkan oleh Majistret Shah Wira Abdul Halim bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut sumber, bekas pengarah berusia 47 tahun itu ditahan di ibu pejabat SPRM Putrajaya selepas proses rakaman percakapan pada pukul 9.40 malam semalam.

“Dua lagi penjawat awam iaitu kakitangan di Bahagian Perkeranian dan Operasi, Bahagian Visa, Pas dan Permit, Imigresen dan pemandu Bahagian Korporat Imigresen, Putrajaya masing-masing berusia 59 dan 46 tahun pula ditahan di kediaman masing-masing.

“Maklumat mendapati kesemua suspek disyaki telah menerima wang rasuah daripada ejen-ejen yang menguruskan pas lawatan sosial sebagai balasan memudahkan kelulusan permohonan pas tersebut daripada JIM pada tahun 2015 dan 2016,” kata sumber itu, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini